Monday, 25 October 2010

Fenomena Azan tanda Kebesaran Allah

Laungan azan adalah petanda bahawa telah masuknya waktu untuk kita menunaikan solat.Tetapi adakah kita semua ketahui keajaiban disebalik laungan azan di seluruh dunia ini? Laungan azan di seluruh dunia telah membuktikan keagungan Allah S.W.T. Sesungguhnya laungan azan ini adalah amat penting untuk kita semua sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Di dalam laungan azan terdapat kalimah yang mengajak untuk kita sama-sama menunaikan solat dan mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Mari kita sama-sama menghayati video ini... Maha suci llah yang maha Agung lagi bijaksana... Allahuakbar!!


Semoga kita beroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...

Friday, 15 October 2010

Cinta


Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk terus menitipkan kata-kata, semoga setiap yang tertulis ini terkandung hikmah dan mendamaikan bagi sesiapa yang membaca.

Saja saya memilih topik ini, bukan kerana jiwang tetapi hanya sekadar sebuah perkongsian. Siapa sahaja di dunia ini pasti mempunyai pandangan tersendiri tentang cinta. Dan fitrah ilahi diciptakan rasa cinta dalam diri setiap hambaNya. Cuma bagaimana kita sebagai hambaNya memelihara cinta yang hidup dalam diri. Jika kita bertanya pada seorang lelaki tentang cinta, dia akan merasakan cinta itu buat insan yang bergelar wanita. Jika kita bertanya kepada seorang wanita mengenai cinta, dia akan membayangkan cinta buat kekasih hati.

Kerana jarang sekali antara kita, bila bertemu persoalan tentang cinta, kita akan berbalik kepada Pencipta Cinta, iaitu Allah SWT. Kerana itu benar kata pepatah bahawa cinta itu buta, mudah untuk jatuh cinta pada hamba-hamba yang diciptakanNya seolah-olah begitu besar cinta itu buatnya. Namun begitu sukar sekali untuk melampiaskan rindu, kasih dan cinta pada Tuhan Maha Agung pencipta cinta.

Sesungguhnya Dia Maha Suci Allah sentiasa mencintai kita tidak kira apa jua balasan kita padaNya. Dia setia menunggu dalam setiap waktu dan ketika. Walaupun hambaNya hanya mengingati saat terluka, saat ditimpa masalah, saat lemah dengan ujian yang menimpa; namun Allah SWT tidak pernah kecewa dan bosan dengan kita.

“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Kita jarang sekali menyedari apa yang dekat dengan kita kerana kita sering ingin menggapai bintang di langit tinggi. Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat, sakit kita, pedih kita semua Dia ketahui bahkan Dia juga yang menghadirkan penawarnya.

Maka pada siapa sewajarnya kepada siapa cinta ini sewajarnya dimiliki?

Thursday, 20 May 2010

Setiap hari bermakna


Pernah terfikir kenapa kita mempunyai 7 hari seminggu dan kenapa hari-hari kita begitu bermakna? Syekh Abi Nasrun Muhammad Bin Abdurrahman Al Hamdany dalam ‘Rahasia di sebalik Tujuh Nama Hari’ mengatakan bahwa setiap hari memiliki makna sehubungan peristiwa yang terjadi. Pada entri kali ini, mari sama2 selami kelebihan hari-hari kita :-

Hari Ahad

disebut Rasulullah Saw sebagai hari tanam dan meramaikan. Di hari ini, Allah memulai menciptakan dunia dan meramaikan isinya dengan falak, bintang, neraka, bumi, laut, anggota tubuh anak Adam dan waktu.
Hari Isnin

disebut Rasulullah Saw sebagai hari bepergian dan hari perdagangan. Karana di hari itu Nabi Syits pergi berdagang dan dia memperoleh laba dalam perdagangannya.
Sebagian ulama menuturkan tujuh keistimewaan hari isnin yakni Naiknya Nabi Idris As ke langit, Nabi Musa As pergi ke Gunung Thursina, diturunkannya dalil wahdaniyah (bukti keesaan Allah- Qul huallahu Ahad), Rasulullah dilahirkan dan wafat, diturunkannya permulaan perkara pada Rasulullah Saw ( Jibril) , ditampakkannya amalan umat Muhammad.

Hari Selasa
disebut Rasulullah Saw. sebagai hari darah sebab di hari itu Siti Hawa didatangi haid dan anak Adam (Habil) dibunuh saudaranya. Beberapa ulama mengatakan bahwa di hari Selasa, tujuh jiwa telah dibunuh: Jirjis As, Nabi Yahya As, Nabi Zakariya As, tukang sihir Fir’aun, Asiyah binti Muzachim (istri Fir’aun), orang yang mempunyai sapi dari bani Israel, dan Habil, putra Nabi Adam As kepada Firaun wafat pada hari ini.

Hari Rabu

adalah hari nahas Menurut Rasulullah Saw Allah menenggelamkan Fir’aun dan kaumnya di Laut Merah dan pada hari itu juga Allah mengazab kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan kaumnya Nabi Shaleh. Selain itu, di hari Rabu, Allah telah menghancurkan 7 orang kafir dengan menggunakan 7 perkara: ‘Auj bin Unuq dihancurkan dengan burung hud-hud, Qarun dengan menenggelamkannya ke dalam bumi, Fir’aun dengan Laut Merah-Nya, Namrud dengan nyamuk, kaum Luth dengan batu, Syadad bi ‘Ad dengan teriakan Jibril As, dan kaum ‘Ad dengan angin kencang.
Hari Khamis

merupakan hari dilaksanakannya hajat. Kerana pada hari itu, kata Rasulullah Saw, Nabi Ibrahim As menemui Raja Mesir hingga terlaksana hajatnya dan ia diberi seorang wanita bernama Siti Hajar; keluarnya oang yang memberi minum dari penjara dan berhasil selamat setelah bertemu raja; masuknya saudara-saudara Nabi Yusuf As ke istana dan mereka mendapatkan bermacam kenikmatan; masuknya Bunyamin ke Mesir dan kemudian ia mendapatkan Nabi Yusuf As yang sudah berada di istana; masuknya Nabi Ya’qub As ke Mesir dan ia mendapatkan suasana aman; masuknya Nabi Musa As ke Mesir lalu ia memperoleh orang Qibthiy; dan masuknya Nabi Muhammad Saw ke Mekkah dan beliau mendapatkan orang kafir menyerah kepada kaum muslimin.
Hari Jumaat

dimaknai Rasulullah sebagai hari mengikat silaturahmi dan pernikahan. Para Nabi melakukan pernikahannya di hari tersebut, seperti: Nabi Adam As dengan Hawa; Nabi Yusuf As dengan Zulaikha; Nabi Musa As dengan Shafura; Nabi Sulaiman As dengan Ratu Bilqis; Nabi Muhammad Saw dengan Khadijah serta Aisyah; dan Ali bun Abi Thalib dengan Fatimah
Hari Sabtu

merupakan hari tipu daya dan penipuan. Rasulullah Saw menuturkan, di hari ini orang-orang Quraisy melakukan tipu daya di Darun Nadwah dan Nabi Yusuf As diperdaya saudaranya. Selain itu, para nabi semisal Nabi Nuh As, Nabi Musa As, Nabi Shaleh As, dan Nabi Isa As diperdaya oleh kaumnya

Monday, 12 April 2010

makna cinta

Aku selalu jer persoalkan cinta bf ak kat aku..."Kenapa awak cintakan saya..?" selalu ja nak penjelasan kenapa dia sayang kat aku...suka aku... tp bila baca email yg aku br dpt dr sorang kawan baik aku, br aku sedar.. kenapa cinta yang mahal dan bermakna tu sukar untuk dizahirkan dengan kata2?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami.

Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi.

Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
‘Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!’

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
‘Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu... Sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu... Sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu... Sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu... Sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu...Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi...Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang..Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’
Inilah makna cinta.

Thursday, 18 February 2010

Sunday, 17 January 2010

telioT Conference.... :)


Unik kan gambar nie...teka di manakah kami??? kelakar ja...dalam *&%$#@ pun sempat lg posing...tp xkira aper korang nak cakap... aku tetap suka gambar nie... lg pun gambar nie punya sentimental value tersendiri... kenangan yg tak mungkin berulang.... kawan2 yang tak mungkin berganti...



oh ya, kerana aku gila gambar....aku bercita2 nak punya camera nikon sem depan... yang paling murah pun jadi lar... so,aku punya plan sem break nanti mesti ku laksanakan...mungkin cari part time job... ataw business kecil2an... lg pun azam thn br yg lepas aku da bertekat tamaw minta duit dr mak ayah lg... aku mesti berdikari.... no more feel great fondness for.....
p/s mesti beri sokongan pada aku taw.... :)







Saturday, 16 January 2010

Aku dibius cinta~


Melly Goeslow


Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…

timer kasih MINDEF..... buat life caye happy n selalu senyum :)

Thursday, 14 January 2010

Lagi bencana..... Gempa di port-au-prince, kepulauan carribean, Haiti



Aku merasa begitu takut dan insaf apabila mendengar kejadian bencana di sana sini...Bencana meninggalkan pesan dan iktibar tentang kekerdilan manusia untuk mendepani fenomena alam yang penuh misteri dan sangat luar biasa. Masih segar dalam ingatanku kejadian tsunami yang mengorbankan beratus ribu nyawa...
kejadian yang turut melanda Malaysia menyebabkan aku begitu trauma mengenangkannya...ku kira kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa dan terlindung oleh pulau sumatera dapat melindungi...namun bencana sememangnya tidak dapat diduga...Sesekali apabila alam berbicara, berdengus dan merajuk, sesekali juga manusia meratap tangis membilang kehilangan dan kemusnahan yang tidak mungkin dibayar walau berabad lamanya.

Tsunami paling hebat melanda Acheh akibat daripada kesan gegaran gempa bumi 9.1 dan 9.3 skala richter di dasar laut. Gempa dahsyat ini juga membentuk tsunami di sebelah negara lain termasuk Malaysia. Korban tsunami di Acheh saja direkodkan sebanyak 300,000 orang. Ini tidak termasuk di Sri Lanka dan beberapa negara lain yang menerima kesan yang teruk. Dicatatkan gempa bumi ini yang kedua terbesar dan kesannya yang juga sangat besar mengubah landskap sosial dan geografi khususnya di Acheh.

Kekuatan gempa bumi dan pukulan tsunami telah mengubah kedudukan Acheh di peta dunia, sementara geografi wilayah Islam yang kaya dengan hasil bumi di Indonesia itu bertukar wajah selepas gelombang "melepasi menara masjid" menyapu bersih Banda Acheh.

Bencana tsunami ini sekaligus meletakkan Acheh dalam "peta dunia" apabila saluran berita di seluruh dunia memaparkan tragedi tsunami terbesar di dunia. Sementara di Indonesia sendiri, inilah yang terbesar selepas letupan Krakatau dua abad sebelumnya.

Gambaran kemusnahan di luar igau dan khayal manusia. Walaupun tidak ada footage yang menunjukkan bagaimana ombak yang tingginya berpuluh meter itu menyerang daratan dan menyapu Banda Acheh, tetapi kesan kemusnahan boleh memberikan gambaran.

Tahap kemusnahan tsunami adalah yang kedua selepas tragedi banjir besar di Sungai Huang He (Yellow River) di China tahun 1887. Tragedi itu mengorbankan tidak kurang 900,000 nyawa, satu-satunya bencana alam terbesar yang dicatatkan setakat ini. Bencana banjir itu memusnahkan kawasan seluas 70,000 kilometer persegi dan sekurang-kurang dua juta kehilangan tempat tinggal.

Gempa bumi kelihatan menjadi penyebab utama bencana alam yang mengorbankan nyawa dan harta benda di seluruh dunia. Walaupun taufan dan puting beliung serta banjir menjadi penyumbang bencana alam pada dekad awal abad ini, gempa bumi kelihatan lebih banyak memusnahkan bumi.

Selepas tsunami di Acheh yang disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut, gempa bumi di daratan juga tidak kurang hebat kuasa pemusnahnya seperti gempa bumi di Bam, Iran tahun 2003, gempa bumi di Kashmir, Pakistan tahun 2004, gempa bumi Sichuan, China pada 2008,gempa bumi di Padang, Sumatera 2009, dan yang terbaru kejadian gempa di Haiti semalam..

Kemusnahan yang berlaku semasa gempa...


Gempa berkekuatan 7.3 skala richter yang berpusat di pinggir ibukota Haiti, Port-au-Prince yakni kawasan kepulauan Carribean menyebabkan kemusnahan teruk dan beribu2 mangsa dilaporkan masih hilang...begitu ramai pula yang terkorban...sumber menyatakan, kejadian gempa ini adalah yang terburuk sejak 200 tahun bagi negara itu... sungguh sedih dan pilu melihat mangsa2 gempa tersebut...


Sesungguhnya,tiada yang bisa menghalang kekuasaan yang maha esa... hanya doa memohon perlindungan dari bencana... semoga malaysia dan seluruh umat islam terselamat dari bencana dan malapetaka....Amin