Aku merasa begitu takut dan insaf apabila mendengar kejadian bencana di sana sini...Bencana meninggalkan pesan dan iktibar tentang kekerdilan manusia untuk mendepani fenomena alam yang penuh misteri dan sangat luar biasa. Masih segar dalam ingatanku kejadian tsunami yang mengorbankan beratus ribu nyawa...
kejadian yang turut melanda Malaysia menyebabkan aku begitu trauma mengenangkannya...ku kira kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa dan terlindung oleh pulau sumatera dapat melindungi...namun bencana sememangnya tidak dapat diduga...Sesekali apabila alam berbicara, berdengus dan merajuk, sesekali juga manusia meratap tangis membilang kehilangan dan kemusnahan yang tidak mungkin dibayar walau berabad lamanya.
Tsunami paling hebat melanda Acheh akibat daripada kesan gegaran gempa bumi 9.1 dan 9.3 skala richter di dasar laut. Gempa dahsyat ini juga membentuk tsunami di sebelah negara lain termasuk Malaysia. Korban tsunami di Acheh saja direkodkan sebanyak 300,000 orang. Ini tidak termasuk di Sri Lanka dan beberapa negara lain yang menerima kesan yang teruk. Dicatatkan gempa bumi ini yang kedua terbesar dan kesannya yang juga sangat besar mengubah landskap sosial dan geografi khususnya di Acheh.
Kekuatan gempa bumi dan pukulan tsunami telah mengubah kedudukan Acheh di peta dunia, sementara geografi wilayah Islam yang kaya dengan hasil bumi di Indonesia itu bertukar wajah selepas gelombang "melepasi menara masjid" menyapu bersih Banda Acheh.
Bencana tsunami ini sekaligus meletakkan Acheh dalam "peta dunia" apabila saluran berita di seluruh dunia memaparkan tragedi tsunami terbesar di dunia. Sementara di Indonesia sendiri, inilah yang terbesar selepas letupan Krakatau dua abad sebelumnya.
Gambaran kemusnahan di luar igau dan khayal manusia. Walaupun tidak ada footage yang menunjukkan bagaimana ombak yang tingginya berpuluh meter itu menyerang daratan dan menyapu Banda Acheh, tetapi kesan kemusnahan boleh memberikan gambaran.
Tahap kemusnahan tsunami adalah yang kedua selepas tragedi banjir besar di Sungai Huang He (Yellow River) di China tahun 1887. Tragedi itu mengorbankan tidak kurang 900,000 nyawa, satu-satunya bencana alam terbesar yang dicatatkan setakat ini. Bencana banjir itu memusnahkan kawasan seluas 70,000 kilometer persegi dan sekurang-kurang dua juta kehilangan tempat tinggal.
Gempa bumi kelihatan menjadi penyebab utama bencana alam yang mengorbankan nyawa dan harta benda di seluruh dunia. Walaupun taufan dan puting beliung serta banjir menjadi penyumbang bencana alam pada dekad awal abad ini, gempa bumi kelihatan lebih banyak memusnahkan bumi.
Selepas tsunami di Acheh yang disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut, gempa bumi di daratan juga tidak kurang hebat kuasa pemusnahnya seperti gempa bumi di Bam, Iran tahun 2003, gempa bumi di Kashmir, Pakistan tahun 2004, gempa bumi Sichuan, China pada 2008,gempa bumi di Padang, Sumatera 2009, dan yang terbaru kejadian gempa di Haiti semalam..

Kemusnahan yang berlaku semasa gempa...
Gempa berkekuatan 7.3 skala richter yang berpusat di pinggir ibukota Haiti, Port-au-Prince yakni kawasan kepulauan Carribean menyebabkan kemusnahan teruk dan beribu2 mangsa dilaporkan masih hilang...begitu ramai pula yang terkorban...sumber menyatakan, kejadian gempa ini adalah yang terburuk sejak 200 tahun bagi negara itu... sungguh sedih dan pilu melihat mangsa2 gempa tersebut...
Sesungguhnya,tiada yang bisa menghalang kekuasaan yang maha esa... hanya doa memohon perlindungan dari bencana... semoga malaysia dan seluruh umat islam terselamat dari bencana dan malapetaka....Amin

No comments:
Post a Comment