Saturday, 26 December 2009

Nak ke Tak Nak by H.M. Tuah Iskandar

Dengan penulisan yg bersahaja dan mudah difahami...


published:
by Alaf21 (first published 2004)
details:
320 pages
description:
'Nak Ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang santai. Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda. Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.

Friday, 18 December 2009

Takziah buat Teh Affifah sekeluarga...



Rasa sedih, simpati dan terlalu kasihan pada Teh Affifah Syahirah ni.. Aku rasa macam nak peluk dia.. Nak turut menangis dengan dia..
Aku tak boleh bayangkan kalau aku berada dalam situasi dia.. Aku mungkin pengsan.. Menangis dah tentu sekali.. Aku mungkin jugak boleh jadi gila..Ini serius.. Soal hidup dan mati.. Si dia yang kita sayang dah sah menjadi suami.. Mesti dah banyak yang diangankan.. Perancangan masa depan bersama.. Zuriat.. dan macam2 lagi lah..Angan2 tinggal kenangan.. Ciuman di dahi (batal air sembahyang) adalah sentuhan terakhir seorang suami.. uh.. pedihnya.. mesti gelap dunia..
Tapi aku percaya.. Dugaan yang dia dapat setimpal dengan iman di dada yang jadi benteng kukuh untuk dia teruskan hidup menghadapi cabaran seorang balu muda..

Bersabarlah Teh Affifah Syahirah..
Sesungguhnya.. Allah lebih mengetahui apa yang Dia atur untuk hidup kita.. Mungkin sesuatu yang bermakna dan baik sedang menanti kamu.. Redha lah dengan ketentuan Allah.. Ada hikmah di sebalik semua ujian ni.. Tuhan tak akan menguji hamba-Nya, lebih daripada apa yang hamba-Nya mampu terima & hadapi..
Ucapan takziah buat keluarga Teh Affifah Syahirah Abdul Hamid dan keluarga arwah Mohd. Ariff Ab. Kadir..
Ya Allah..
Kurniakanlah balu si mati ketabahan dan kesabaran..
Semoga beliau cekal menghadapi dugaan ini..
Amin..
*************************************************************************
ALOR SETAR: Pengantin perempuan yang kehilangan suami selepas hanya tiga jam melangsungkan perkahwinan di Taman Berlian Anak, Bukit di sini kelmarin reda dengan nasib yang menimpanya yang dianggapnya sebagai ketentuan Ilahi bagi menguji iman hamba-Nya.Inilah penjelasan Teh Affifah Shahirah, 23, kepada bapanya, Abdul Hamid Zakaria, 71, ketika pemberita meminta kebenaran untuk mendapatkan reaksi beliau berhubung insiden menyayat hati yang menyebabkan beliau bergelar pengantin dan balu pada hari sama selepas kehilangan suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam kemalangan di Kangar, Perlis, kelmarin.
Mohd Ariff maut bersama ibu dan bapanya, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang dalam nahas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang.Abdul Hamid berkata, anaknya yang dipanggil sebagai Teh, enggan berjumpa sesiapa kerana terlalu sedih dengan kejadian itu dan hanya mendiamkan diri di dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya, Siti Aishah Baharum, 58, sejak pulang dari Kangar, kelmarin."Biarlah Teh tenangkan diri. Dia terlalu sedih dan tidak mahu jumpa sesiapa buat masa ini.
"Mereka berdua sudah kenal lama tetapi berkawan rapat sejak dua tahun lalu dan banyak berhubung melalui internet kerana berjauhan. Teh melanjutkan pelajaran di Univerisiti Auckland, New Zealand manakala suaminya di United Kingdom (UK)."Saya kenal menantu saya dan saya memang bersyukur dikurniakan menantu seperti arwah. Ketika mahu melamar Teh, Mohd Ariff bertanya pada anak saya sudikah beliau melahirkan zuriatnya yang seterusnya membawa kepada hal nikah kahwin semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di majlis tahlil yang sepatutnya menjadi majlis perkahwinan di sini, semalam.Katanya, beliau juga sempat mengarang 12 rangkap pantun untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki hari ini (semalam) yang kini sebaliknya hanya tinggal kenangan.Terdahulu, Teh dilihat masuk ke 'homestay' G Glamour Taman Kancil 3, Anak Bukit yang disewa khas untuk melangsungkan majlis perkahwinannya yang kemudian bertukar kepada majlis tahlil pada kira-kira jam 12.30 pagi.
Beliau yang kelihatan sugul dilihat bersalaman dan berpelukan dengan saudara terdekat selain kenalan rapat yang sedia menanti sejak awal pagi. Teh kemudian dilihat masuk ke dalam bilik pengantin dengan ditemani ibunya yang turut membawa baju pengantin berwarna ungu bersama mereka.Pada kira-kira jam 1 tengah hari, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir bagi memenuhi jemputan namun beliau juga terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu.Sementara itu, Siti Aishah berkata, anaknya sering berasa tidak sedap hati dan tidak lalu makan seminggu sebelum melangsungkan perkahwinannya."Teh selalu mengadu tak sedap badan selain berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena hingga menyebabkan lesu dan lemah," katanya.

Saturday, 17 October 2009

Kisah Ibu yang berdendam terhadap menantu

cerite ni sgt klakar huhuhu...

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘
Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman.
Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
............ ......... ....Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung
menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua
hahahaha...

Friday, 12 June 2009

penyakit perempuan

cant even opened my eyes , god ! help me , god knows how hurt my stomache is . nasib baik mmg its a ''perempuan'' punya penyakit. semalam lepas blk dr farmasi , straaaaaight away terjun atas katil anddd zZzZZzZ.my mum a lil bit worried sbb aku tidur je sampai pukul 7 lebih cemtu,heh sorry mum. Today i woke up at 1030 AM and terus mandi .afta that aku keluar bilik ,join je adik aku tgk tv sambil makan biskut.tgh sdp aku tgk tv,mama aku pun ckp.''nasib baik dah mandi,kalau tak ma sekeh kepala,hehe''.errr u're wondering huh kenapa my mum ckp cemtu,hoho.SEBABNYA aku seorang yg sgt pemalas utk mandi ,tp kalau dah ada dlm toilet aku sgt susah utk keluar.KEHEHEH! now im feeling better,buat SEKETIKA ! ni pun disebabkan perut dh ok sikit tu aku online,saje teringin nak update blog.btw,berita gembira buat aku ! YEAYYY ME! -_- lg brape minggu je dtg lah bulan7.bermakna semester baru dah dkt laaah ! wake up wake up you lazy girl ! o'ooo ! im in trouble,penyakit malas kian menular di dlm diriku ini . Farhana, u need help.HAHA! anyone anyone? hellllo! cll 911 PLEASE ! i need helppp.
*grr yea crazier i become dr hari ke hari ;B

Wednesday, 13 May 2009

testing~~

hari ini hari rabu ,haha tetibe je ;p aku tidak tahu apa yang harus diperkatakan, kelu lidah ini untuk menyatakan sesuatu di dalam hatiku. tp sumpahhh aku excited gila lah ni kaan ! ini pertama kali aku tulis blog , dari haritu aku plan nak buat sbb aku tgk sume sibuk sibuk buat kan , aku pun nak lah jgk buat , mlm ini saat ini tika ini bru aku mcm tergerak SIKIT hati nak buat . aku tatahu nak tulis ape sebenanye sbb aku JARANG GILAA tulis blog. dulu kecik kecik ada lah diary kan, tp skrg dah maju ada blog.aku pun mcm teringin lah buat blog.al suruh tulis mrepek repek , tp aku pun tatahu nak mrepek ape . apa yang harus aku merepek kan? apa aku ckp ni hah? takpe,ini sekadar cobaan cobaan pertama kali , aku ulang,cubaan 1,2,3 HAHAHAH otak mcm dah bangang gila. ini namanya keterujaan yang melampau. ! oh man! im so excited ! haha gila.aku agak agak best jgk kot tulis blog ni,so nanti aku tulis laah lg. aku ada byk cerita sebenarnya,tp nanti nanti laah. haaa tu je lah,sekian terima kasih