..Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau SAKIT?
Jawab Beliau: Aku LAPAR, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus MENANGIS sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana BERATnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya LAPAR DI DUNIA jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia."
(Kanzul Ummal 4:41)

No comments:
Post a Comment