Wednesday, 25 May 2011

menjadi tunang orang tanpa kita sedar?

Sedang asyik membaca entry seorang sahabat, tiba-tiba mata ini tertarik dengan sebuah artikel, lalu sy klik pada tajuk artikel tersebut. Setelah view baru tahu yang kita sebenarnya boleh menjadi tunangan orang secara tidak sedar.. Isu yang sama pernah di jawab oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam slot kuliah yang bertajuk "Bertunang tanpa ibu bapa".




Menurut sahabat tersebut,

jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki, mereka tetap dikira menjadi tunangan.

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan namun
ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Mengikut hukum syarak , jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

pandangan Ustaz Azahar Idrus,



p/s: kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini...

No comments:

Post a Comment